Dulu..
Aku sering mengeluh,
Aku sering menangis,
Aku selalu menyesali takdirku,
Aku sememangnya tidak pernah bersyukur tika itu..
Dulu..
Hidup dirasakan mati,
Indah alam ciptaan tuhan tidak berbekas di hati,
Masa depanku kelam,
Yang ada hanya bayang-bayang kehampaan,
Hidup sekadar sahaja kerana tiada apa yang aku harapkan dari kehidupan ini,
Hidup begitu membosankanku..
Dulu..
Aku menyalahkan takdirku..
Mengapa hidupku begini..
Kenapa tak seperti orang lain..
Kenapa?..kenapa dan kenapa?
Tapi..
Itu dulu…
Namun kini..Aku tahu,
Ada hikmah di sebalik dulu itu..
Itu adalah takdirku dari kekasihku,
DIA menentukan dengan sebaiknya untukku..
Tiada apa yang ditakdirkan untukku adalah sia-sia,
Kerana dia selalu ingatkan aku..
" Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?"
(Al-Qiyamaah:36)
Manusia dijadikan Allah tidak dengan sia-sia,
Lantaran kelenaan itu,
DIA sedarkan aku,
Rupanya DIA tidak pernah tinggalkan aku sendirian,
DIA sentiasa bersamaku dimana sahaja pada bila-bila masa,
Terima kasih ALLAH..
Kerana DULU itu telah melahirkan aku yang KINI..