Pages

03 December 2016

Allah temukan aku dengan dia

Akhirnya..
Allah dengar isi doaku
Allah selami jwaku
Allah temukan aku dengan dia..

Aku menjadi isterinya..

Alhamdulillah3..
Allahuakbar..
Dengan sekali lafaz..
Aku menjadi isterinya..

Allah itu maha Agung..
Takdirnya adalah takdir terindah..
DIA menguji kerana sayang..
DIA menduga kerana kasih

Terima kasih Ya Allah..kau hadirkan dia dlm hidupku..

28 August 2016

Harta dunia yang telah karam..

Satu persatu ku selusuri..
Dari bilik ke bilik aku hidupkan lampu..
Segenap ruang ku perhatikan..
Ia masih sama, tidak berubah..
Warnanya..
Ruangannya..
Susunan papan dindingnya..
Letak duduk jendelanya..
Masih sama..

Terngiang-ngiang kenanganku disitu..
Satu persatu terbayang dimata..
Kenangan indah bersamanya terbayang..
Ruangan minda mula mengingati silam semalam..
Disitu ada suka..
Dan disitu jua tertanam kisah duka..

Walau waktu pergi meninggalkan..
Memoir itu takkan sesekali hilang..
Kerana disitu bukti nyata akan harta dunia yg karam..
Tenanglah Bonda..tenanglah Ayahanda..
Moga kau baik2 sahaja disana..
Hanya kiriman doa dapat kulafazkan..
Untuk kamu semua harta dunia yang telah karam..

#20year
#imstillstrong
#survive4mardhatillah

Dewan exam spm
28/08/2016
9.00

04 June 2016

Penat

Tidak dirasakan indahnya hidup tanpa ujian..
Kerana disebalik ujian itu terselik seinfiniti hikmah..
Harapanku pada diri agar sentiasa tabah untuk hari ini dan hari seterusnya kerana aku sudah penat..
Penat menerima semuanya..
Penat dengan diri sendiri yg x pernah sedar..

02 March 2016

Kamu saham saya ke syurga..

Saya bukanlah sesiapa..
Saya hanyalah SESEORANG yg singgah dalam hidup kamu sementara sahaja..
Bersama kamu sekejap sahaja..
Memberi tunjuk ajar..
Memarahi dan membetulkan bila kamu salah..
Menenangkan kamu bila kamu dalam kesulitan..
Saya tidak akan singgah lama menemani kamu..

Janganlah kamu membazir masa membenci guru yg memarahi kamu..
Berdendam dgn guru kerana menegur kamu..
Janganlah buang masa menjalani zaman perselolahan kamu dengan hati yg sentiasa tidak tenang..

Kamu akan tinggalkan saya disini 😭😭..
Dan pergi meneruskan hidup kamu..
Hargailah masa2 yg kamu ada..

Percayalah..
Zaman sekolah adalah zaman terindah..
Bila dewasa kelak..
Kamu akan teringin ke zaman persekolahan semula..

Saya sayang kamu semua ❤..
Marah saya sebab sayang..
Teguran saya tanda ambil berat..
Senyuman saya moga menenangkan kamu..
Jenaka saya utk kenangan terindah suatu masa kelak..

Dan hadirnya saya..
Harap dihargai kamu semua..
Kerana saya hanyalah SESEORANG yg singgah menemani kamu utk seketika sahaja..
Kamu saham saya ke syurga..k

SAB
02/03/2016
15:36

28 February 2016

Katamu...

Betul katamu..
"Jgn terlalu berharap"

Ku tahu..krn seandainya aku terlalu berharap padamu..kelak aku akn kecewa..krn hanya ALLAH semata pengharapan diletakkan..bkn padamu manusia sptku juga..

Katamu lagi
"Berdoalah agar Allah membimbing dan memudahlan urusan kita"

Ya..tentulah itu juga doaku..dan doaku juga agar hatimu terbuka menerimaku seadanya aku..aku tahu semuanya telah tertulis..aku tahu takdir jodoh kita juga sdh tertulis..namun aku manusia lemah yg memerlukan Allah disisi utk membimbingku..tercatat utuh dimindaku kata2 nasihat dr Allah utk manusia sepertiku..

"Mintalah pertolongan Allah dgn bersabar dan bersolat"

Katamu juga..
"Allah sebaik-baik perancang"

Ya Allah..
Jika dia adalah si pemilik tulung rusuk ini..
Maka permudahkan urusan jodoh kami..

Ya Rahman..
Jika dia adalah yg terbaek utkku..yg akan mengisi kekurangan diriku..yg menerimaku seadanya..yg akan membimbingku menuju-Mu..maka kau permudahkanlah ya Allah..
Tp jika dia bkn takdirku..jgn kau biarkan aku rasa kecewa mahupin terluka..jgn kau biarkan aku menangis keseorangan..kupohon berada disisiku ya Allah..aku insan lemah..aku sentiasa memerlukanmu disisiku..

Ya Rahim..
Andainya dia bkn untukku..jgn kau biarkan hati kami kecewa mahupun putus asa..sebaliknya berilah kami kekuatan utk menghadapi ujianmu ini dgn kuat dan tabah hati..

Tapi ya Allah..
Aku mengharapkan dia ya Allah..Kau pertemukan kami dlm ikatan suci perkahwinan..aku mohon padamu ya Allah..
Perkenankanlah ya Allah..

Amin3

26 February 2016

Duka

Ada saatnya kedukaan itu tidak dipamerkan demi menjaga hati org lain dr turut sama berduka..

Di sebalik keceriaan yg terlukis diwajah, tersimpan beribu kedukaan..di situ ada air mata yg mengalir dalam diam..air mata yg mengalir di saat bertemu yg Maha Esa..air mata yg mengalir tanpa dipinta..

Dalam hatinya..
Menangis kerana terluka..
Menangis kerana kecewa..
Menangis kerana mencuba berpaling dr putus asa..
Menangis bukan kerana menyalahkan..
Sebaliknya menangis utk berusaha memujuk diri agar menjadi lebih kuat..

Namun hatinya tetap menangis..
Menangis kerana sudah tidak mampu menahan ujian..
Tetapi dia memaksa hatinya utk percaya dgn takdir Allah bahawa..

"Setiap yg berlaku ada hikmahnya"

26022016

#demiAllahAkuTidakKuatKeranaAllahAkuHarusKuat