Pages

06 July 2015

Nasihat hati...

Hatiku menasihati aku..
Katanya,

Wahai diri,
Lupakanlah derita lama yang menyeksa jiwa,
Mulakanlah segalanya semula,
Hiduplah seadanya dirimu,
Hiduplah untuk dirimu,
Hiduplah dengan senyuman dan ketawa,
Bukan bersama derita dan airmata...

Wahai jiwa,
Lupakanlah kekejaman itu,
Melangkahlah ke hadapan tanpa menoleh lagi,
ALLAH menguji bersama sejuta hikmah..

Wahai hati,
Jalan bahagia itu bermacam, bukannya satu,
Andainya tiada cinta lelaki untukmu,
Usahlah engkau resah,
Kerana masih banyak laghi cinta lain yang selayaknya,
Kembang mekar dalam hatimu...

Wahai diri yang masih mempunyai jiwa,
Jangan pernah engkau berputus asa dan mengalah
dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH,
Sesungguhnya ALLAH itu dekat.
Sentiasa ada untukmu,
Sentiasa mendengar rintih pedih hatimu,
DIA sentiasa ada...
Biarlah dirimu jauh dari cinta manusia,
Asal tidak engkau jauh dari cinta Sang Maha Pencinta...