Pages

11 September 2013

maafkanlah dan teruskan perjalanan hidupmu....

Nabi Muhammad saw bersabda "tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia" (HR Muslim) "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia mampu membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

....memaafkan di kata mulut itu bohongan hati, memaafkan di hati dengan keikhlasan yang hakiki. Biarkan, jangan ambil peduli lagi setelah memaafkan, teruskan perjalanan hidupmu dengan meninggalkan kisah silam itu di perhentian lepas....

....pasti ada yang lebih baik di perhentiaan masa depan, jika kamu tidak terus berjalan, tidaklah kamu sampai  ke perhentiaan itu. Rencana Allah maha sempurna, jangan salitkan dengan sedikit keraguan pun....

nasihat untuk jiwa



Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah tetapi Ia memintaku agar mendengar suara-suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan setiap kata-kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.
Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang-kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan
Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.
Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya.Cahaya itu datang dariNYA dan yang menerobos kedalam hati – hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana kelak.
Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran !
Jiwaku mahu sahabat-sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang terjamin Syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasa yang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.
Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta. Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba Allah yang sebenar – benarnya.
Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat-sahabatku.
Moga Allah redha.

masa lalu..

masa lalu hanya tempat dilawati bukan didiami...

23 August 2013

doa...

menjadi orang yang mengenal pencipta tanpa DOA sama mustahilnya seperti hidup tanpa bernafas...

22 August 2013

berdoalah..

jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan..
jangan hampa..
itu bukan kerana Allah bencikan kita..
tetapi Allah inginkan memberi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan....

pergilah....

bagaimana untukku bukakan mataku?
disaat mimpi ngeri masih bertandang..

bagaimana untukku bangkit?
setelah "kekejaman itu" kau lakarkan di atas potret hidupku..

bagaimana untukku berhenti menangis?
kerana kesakitan itu semakin menyengat...

dengan apa harus kumulai hidupku?
sedangkan kaki berat melangkah...
berat untuk memulai semuanya kerana luka pedih masih terasa, meskipun waktu berlalu dengan pantas. luka itu masih terasa. terasa pedih menikam kalbu, terasa pedih mengundang pilu..

pergilah kesakitan..
pergilah kedukaan..
pergilah kepedihan..
pergilah penderitaan..
pergilah........................

agar aku juga dapat merasa bahagia seperti mereka.......


23 June 2013

syukur...

bahagia itu kita mampu cipta sekiranya ada SYUKUR dalam diri kita....

20 June 2013

teruskanlah

teruskanlah mengengam ketabahan itu dengan tanganmu sekukuh-kukuhnya....

15 April 2013

satu sem sudah berlalu

alhamdulillah dah habis satu semester..semester 2 mula after aidilfitri nanti..ne cari duit ni..huhu

20 February 2013

bila susah baru nak ingat ALLAH

huhu..itulah tabiat manusia..bila da susah barulah nak ingat allah..sebelum ni..ntah la..aku susah skang ne coz banyak sangat keja..kerja mengajar dan belajar..tertekan..hari jumaat ni ada presentation n ne hantar 2 asingment..satu pun ceap lagi..

28 January 2013

aku mesti ada belog baru

hahaha..sebelum ni aku memang merancang tuk buat satu blog tok student2 aku..tapi slalu tergendala kerana kebizian aku sbg guru, anak, adik, kawan, anti dan of coz sbg hamba..tp last week ..mau or x aku mesti buat belog tu gak coz ia 30% from my mark for subjek inovasi dan teknologi dalam pendidikan..jd i hv to strugles to do da best la.. so sape ada cadangan about my new belog.. with pleasure share with me...i must do dgn sungguh2 n terbaek la..chayok2 to me..