Pages

07 February 2011

Circle of love

aku dikelilingi mereka yang bercinta, jatuh cinta dan terjatuh cinta..apa2 jea..yang penting "CINTA"..alunan lagu dendangan Unic sebagai kekuatan untuk tidak terjatuh cinta dan jatuh cinta..semoga allah memelihara cintaku untuk yang selayaknya..huhu

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya

Tajuk Nasyid : Atas Nama Cinta
Artis : Unic
Album : Tika Itu

24 January 2011

tersentuh

sunnguh menyentuh hati..ku petik kata-kata ini dari tulip unguku..
amat terkesan dihati..aku rindu kau tulip unguku..

Andainya sayang sesorang bukan kerana Allah,
pasti kebaikannya tidak memberi erti,
kesilapannya disalah erti,
hatinya sering dilukai,
jiwanya selalu disakiti,

Namun jika sayangnya kerana Allah,
pasti segala kebaikan dan kesilapannya dipandang dengan mata hati,
jiwa xterguris dek rasa hati..

Dan bila jauh,
pasti dia dirindui,
meski xmuncul dalam mimpi dan xcontact stiap hari,
tapi sayang itu tetap mekar,
krn dia wjud dlm doa saban hari...

Bersabarlah..

bersabarlah wahai jiwa,
bertenanglah wahai diri,
berbahagialah wahai hati,
kerana ALLAH senantiasa disisi,
tanpa kau sedari DIA x pernah sembunyikan diri..

17 January 2011

keliru..

keliru aku kerana dirimu,
keliru aku kerana sikapmu,
keliru aku kerana tuturmu,
keliru aku kerana diammu..

14 January 2011

kurela

Kurela merangkak kepayahan untuk melakar keindahan berpanjangan, ku rela diherdik dan dihina demi mengejar kebahagiaan berkekalan, ku rela bertatih sendirian andai itu ujian untuk mengapai syurga yang dijanjikan.

13 January 2011

yang kecewa..

tulip putih bukan kecewa kerana ditinggalkan..tapi tulip putih kecewa kerana di khianati..dikhianati oleh mereka2 yang berada dekat disisinya..tulip putih sangka mampu brkongsi segalanya..namun hampa..tulip putih kecewa..teramat kecewa..tulip putih nangis ni pun kerana ..kerana tulip putih tidak mampu berbuat apa2 untuk tulip hijau..tulip putih tahu dia bukannya terbaik..namun tulip putih mengharapkan yang terbaik untukmu tulip hijau..

tulip hijau.. tidak salah andai munculnya rasa cinta dihatimu..namun kau harus menjaganya..jagailah cinta yang tumbuh dihatimu itu supaya ia tak tercemar..


..cinta adalah anugerah..

Daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin..

Bismillah

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”


Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah.Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

sumber: http://sakura-tinniewinnie.blogspot.com/