tiada kata untuk mengungkapkan apa yang tersirat
ianya terbuku di sudut hati yang terdalam..
tidak perlu untuk dikongsi atau diluah jika ia hanya membaka duka..
biarlah ia tersimpan kemas tanpa ganguan..
agar diri menjadi lebih berdikari..
Jangan tanyakan aku tentang diriku, dan siapa aku. Ia adalah sebuah rahsia kehidupan. Ia adalah anugerah. Ia adalah ujian. Ia adalah dunia yang penuh dengan cita2.
02 September 2012
20 June 2012
kosong
Seorang anak melihat dunianya kosong
Waktu-waktu yang dilalui tiada cerita lagi
Antara gelap malam dan sinar mentari
Lena dalam mimpi sepi
Seorang anak menjadi perindu
Dalam sepi dan mengerti
Musim kesakitan terjadi lagi
Dipeluk rasa sepi resahnya
Aku berairmata
Tapi tak berdaya aku mengesatnya
p/s: blom ceap..nanti sambung balik...
13 June 2012
03 May 2012
pedih
Pedih..
aku benar-benar pedih.
Pedih bagai tersusuk sembilu.
Torehan yg tidak memgeluarkan walau setitis darah..
merekah tanpa tanda untuk sembuh..tiada air mata lagi yang mampu keluar..
19 February 2012
sejenak
Bersama gelimang dosa,
Bersama aib yang membuat jatuh air muka,
Bersama kekerasan hati dan kekakuan jiwa,
Bersama tiap noda, cela dan nista
kami mohon Engkau, ya Allah..
Hantar kami ke gerbang cinta
Cinta-Mu dan cinta Nabi termulia...
by: Halimah Alaydrus

30 August 2011
perjalanan menjejaki sesuatu..
walau berat..kaki tetap melangkah..walaupun fikiran kosong tidak tahu berbuat apa..azam diteruskan..walaupun pahit akibatnya nanti..kanku teruskan perjalanan ini demi membawa pulang sesuatu yang amat bernilai..
06 June 2011
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..
Renungan ku dan renungan mu,
aku redha dengan perpisahan ini Ya Allah,
aku bersyukur di atas perpisahan ini,
kerana ku yakin engkau maha mengetahui segalanya,
mungkin si dia bukan terbaik untuk diriku.
Ya Allah...
aku berserah segalanya pada Mu.
Kurniakan lah kebahagiaan pada dirinya,
hadirkah lah insan yang terbaik buat dirinya,
semoga dirinya tidak terus hanyut di buai mainan dunia yang hanya sementara.
Ya Allah...
ku tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan,
mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami,
namun aku redha dan pasrah jika ini merupakan hukuman dari Mu pada ku,
daku bermohon pada Mu hadirkan lah kebahagiaan yang abadi,
bantulah diriku mencari ketenangan di sebabkan perpisahan ini.
Ku memohon petunjuk Ilahi hadirkanlah insan sejati,
menemani kesepian mendamaikan sekeping hati ini
Ya Allah....
Hanya cinta Mu yang ku harapkan,
hanya kasih Mu yang ku dambakan,
andai dia sang muslimah Kau utuskan buat perantaraan aku terima dengan redha.
Namun padanya ingin ku berpesan,
maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untuk mu,
kerna dia adalah milikNya,
maaf jika ketaatan ku tidak sepenuhnya untuk mu,
kerna ia milikNya,
maaf jika cinta ini bukan sepenuhnya untuk mu,
kerna ia adalah milikNya,
namun jika insan lain jadi perbandingan kau tetap akan ku cinta hati ku tetap pada mu,
andai jika tidak dapat ku miliki sepenuhnya lantas ku menjauhi,
aku redha kerna Dia mengatasi segalanya.
Ya Allah...
Aku pasrah andai di takdirkan bersendirian sehingga ke akhir hayat dikala nafas terhenti.
Kerna ku yakin cinta ku padaNya cinta azali.
Kerna janjiNya adalah janji yang pasti.
Kerna Dia tidakkan mempersiakan.
Kerna Dia takkan mengecewakan.
Lantas ku akur,
ku bukakan hatiku seluasnya serta minda ku pemberianNya.
Kuterima sang hakikat dengan penuh ketenangan sesungguhnya perjalanan ini telah tertulis,
rentetan hayat ini telah terurat.
Ya Allah...
kurniakan lah aku isteri dan zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata penenang jiwa,
kurniakan daku isteri suri dalam hidupku penyejuk mata penawar di hati
di dunia dialah penyeri di syurga menanti.
Dia bidadari di tangan Mu,tuhan ku sedar impian penentu jodoh pertemuan,
seandainya dirinya tercipta untuk ku relakan aku menjadi miliknya....amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)