Pages

28 August 2016

Harta dunia yang telah karam..

Satu persatu ku selusuri..
Dari bilik ke bilik aku hidupkan lampu..
Segenap ruang ku perhatikan..
Ia masih sama, tidak berubah..
Warnanya..
Ruangannya..
Susunan papan dindingnya..
Letak duduk jendelanya..
Masih sama..

Terngiang-ngiang kenanganku disitu..
Satu persatu terbayang dimata..
Kenangan indah bersamanya terbayang..
Ruangan minda mula mengingati silam semalam..
Disitu ada suka..
Dan disitu jua tertanam kisah duka..

Walau waktu pergi meninggalkan..
Memoir itu takkan sesekali hilang..
Kerana disitu bukti nyata akan harta dunia yg karam..
Tenanglah Bonda..tenanglah Ayahanda..
Moga kau baik2 sahaja disana..
Hanya kiriman doa dapat kulafazkan..
Untuk kamu semua harta dunia yang telah karam..

#20year
#imstillstrong
#survive4mardhatillah

Dewan exam spm
28/08/2016
9.00

No comments:

Post a Comment