Pages

01 April 2011

untuk dia...

Tulip hijauku..aku tahu dirimu..disebalik kasar tingkah lakumu tersimpan rapi hatimu yang lembut..begitu lembut sehingga mudah untukmu tersentuh..oleh kerana lidah tak bertulang, kata-kata indah dari sang kumbang begitu mudah menusuk hatimu yang lembut itu..rupa paras sang pria yang hanya pinjaman itu seakan mudah untuk mencairkan hatimu yang teguh itu..dari situ kau dibuai indah cinta makhluk..dari situ kau dibuai indah cinta dunia sehingga kekadang apa yang munkar dianggap ma’ruf..apa yang telah ternyata berdosa dianggap biasa sahaja..

Tulip hijauku..masihkah kau ingati kata-kataku..”jika kita mencari cinta khalik, disamping cinta khalik kita juga akan dianugerahi cinta makhluk..tetapi jika cinta makhluk yang dikejar..hanya cinta makhluk itu yang kita dapat”..itulah lumrah alam ini wahai tulip hijauku..

Tulip hijauku..aku tahu hatimu..kau sememangnya kuat..tapi ingatlah tulipku bahawa iman itu yazid dan yankus..iman itu boleh bertambah dan berkurang..dan ingatlah juga bahawa syaitan itu takkkan pernah penat untuk menghasut kita..jadi..aku merayu padamu..wahai tulip hijauku..tolong jaga diri dan maruah dirimu..jangan biarkan syaitan mengusai dirimu..berjuang dan berjihadlah melawan nafsumu..jangan sekali-kali biarkan syaitan menang dalam pertarungan ini..

Tulip hijauku..aku tahu cinta makhluk itu telah melekat teguh dalam hatimu.. kau jagailah cinta itu sebaiknya..seandainya cinta itu untukmu..jagan kau bimbang..suatu hari nanti ia akan tetap menjadi milikmu..ingatlah bahawa janji allah itu pasti..namun..dalam meniti hari..kau seharusnya menjaga cinta itu agar ia tak terkena noda..dan moga2 cinta itu diredhai allah..dan yang paling penting kau harus menjaga diri dan maruahmu..jangan sekali-kali diri dan maruahmu tercemar kerana cinta itu..kerana sememang hakikat cinta bukan untuk dikotori tetapi untuk dijaga supaya hadirnya bersama keredhaan dan keberkahan..

tulip hijauku..aku yakin kau mengetahui akan hakikat cinta makhluk ini..hanya sementara..jadi seandainya suatu hari nanti sememangnya cinta itu bukan untukmu..jangan pernah rasa kecewa...berlarilah kepadaku..bahu ini telah lama bersedia untuk menampung wajahmu..telinga ini telah lama bersedia untuk berkongsi kisah kecewa itu..dada ini telah lama sedia untuk memelukmu..dan tangan ini juga telah lama bersedia untuk menyapu airmata dipipimu.. tapi ingatlah tulip hijauku..aku juga makhluk sepertimu..tiada daya untukku megubah takdir allah..jadi janggan pernah sekali2 lupa bahawa allah adalah sebaik-baik tempat mengadu..

Alhamdulillah tulip hijauku..kau sedar akan kekhilafan diri..kuatkanlah dirimu tulipku..kuatkan dirimu melawan nafsu itu..bersungguh-sungguhlah melawan syaitan..seandainya dalam usaha kau menemui jalan buntu..kami tulip2 yang lain masih setia disisimu..bersedia memberi dorongan dan kata-kata penuh hikmah..mungkin aku bukan siapa2 dalam hidupmu..tapi engkau adalah seseorang dalam hidupku..

Tulip hijauku..marilah kita fokus kepada perkara yang sepatutnya untuk diambil perhatian..iaitu mencari redha allah..marilah kita sama2 berusaha mencari bekal untuk negeri akhirat kita..marilah kita sama2 menjadi seseorang dalam hidup kita..


Hati batu, 5.25 a.m 25 March 25, 2011..Friday..

08 March 2011

bukan hatinya tak pernah sedih..

Hati manusia, walau sekeras mana pun pasti akan lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...

Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun hatinya terdetik, "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."

Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali pada seseorang yang dia amat percaya. Baginya, biarlah semua itu dipendam sendirian. Biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan sengsara yang ditanggung. Atas sebab apa? Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa, tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu.

Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan kehilangan sesuatu. Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi. Tapi kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus. Semua orang yang mengenali tahu dia seorang yang sabar, kuat dan jarang menunjukkan kemarahan dan kelemahan di hadapan sesiapa. Tapi hati manusia bergelar wanita tiada siapa tahu atau cuba selongkari. Dia terkenal dikampus antara pelajar yang sentiasa gembira dan tersenyum,dia juga seorang yang nakal.. bukan daripada segi disiplin tapi nakal dari segi tingkah laku, suka kacau orang, suka gegarkan kelas, suka buat orang ketawa malah suka buat orang sakit hati. Tapi itu cuma sementara, untuk menutup kelemahan yang ada. Baginya teman di kampus dan di sisi tidak sama. Di kampus tempat dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan sebak menanti di hati. Kenapa?

Kerana dia bukannya tidak pernah sedih....

Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas berlari. Sehinggakan setiap malam merintih pada-Nya memohon kemaafan dan keampunan atas dosa yang dilakukan. Baginya diri belum cukup sempurna selagi ada mata-mata yang memandang serong..

Biarlah orang berkata apa yang mereka suka, sebab mereka ada hak untuk berkata-kata. Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari. Dia tidak pernah kenal apa itu cinta manusia, dia hanya mencari cinta Ilahi. Itulah yang perlu dicari untuk perjalanan akhirat nanti. Janji Allah itu pasti. Tapi dia juga masih ingin mengenal kasih sayang. Dia seorang wanita yang amat memerlukan kasih sayang. Dalam hidupnya penuh duka walaupun di mata temannya dia seorang yang ceria.

Pernah suatu ketika, hatinya hancur dek kehilangan insan yang amat disayangi. Insan bernama ibu yang amat penyayang lagi bertanggungjawab. Tahun ini genap 15 tahun pemergian insan tersebut. Terlalu pantas masa berlalu. Masih berkesempatan dia menjenguk ke daerah pusara ibuandanya. Tahun ini juga sudah 15 kali dia tidak dapat mencium tangan dan dahi, mendakap penuh mesra ibunya. Masih dirindui gelak dan suaranya walaupun ketika itu ibunya sedang sakit.

Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya. Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu, sahabat yang turut sama mengikuti program, adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya. Namun, dia sering kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur, ludah yang diterima. Nilai persahabatan yang dihulurkan, keegoaan, kesombongan dan kerendahan yang diterimanya.

Sehinggakan sampai satu masa, dia merajuk lalu pergi meninggalkan semua. Atas alasan apa? "Biarlah aku sendirian, kerna mereka lebih suka aku pergi."

Kini, dia cuba bangkit kembali untuk menebus kekhilafan diri. Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa untuk memaut pada sesuatu. Apakan daya, kudratnya hanya tinggal sisa. Sisa yang tinggal sementara untuk meniti alam sana. Atas sebab apa dia sedemikian rupa?

Rupanya kasih yang ingin dicurahkan, ukhuwah yang ingin disemaikan disalah tafsir. Malahan dakwah yang diketengahkan, nasihat yang diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan seorang manusia. Sekali lagi kekecewaan dan hiba menusuk hati.

"Andai sekali ini nasihatku tak diperlukan lagi, aku redha ya Allah. Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna. Maka, aku redha."

01 March 2011

dalam sepi

dalam sepi,
meratapi dan mencari erti,
makna kehidupan dari kegagalan,
hikmah disebalik dugaan diselusuri,
makna yang terselindung di balik redup mata dikaburi,
agar derita yang dirasa hanya bersendiri..

kehadiranku..

Dulu kau pernah dilukai
Dan engkau pernah dinodai
Tapi semuanya kau renangi
Beriring airmata segala derita

Sungguh terharu hati ini
Dengan apa yang kau lalui
Ingin ku merangkai jiwamu
Agar luka lama tak berdarah kembali..

21 February 2011

dirisik??

mmm..topik yang menarik..apa yang patut dibuat jika ada owang mau merisik..x tahu nak buat apa..hahahaha

08 February 2011

pergilah kelam

Wahai pemilik segala rindu
Kudupan kehangatan membara dijiwa
Disaat hati mula untuk memaafkan
Masih tersiksa cebis-cebis dendam tersimpan

Wahai pemilik segala kasih sayang
Memori Cleopatra yang terungkai
Membangkit kembali nanah-nanah luka
Semakin menyengat di saat hati parah derita

Wahai pemilik jiwa manusia
Liku yang menimpa tidak mampu lagi untuk diteroka
Jiwa kosong
Pergilah kelam