Pages

01 April 2011

untuk dia...

Tulip hijauku..aku tahu dirimu..disebalik kasar tingkah lakumu tersimpan rapi hatimu yang lembut..begitu lembut sehingga mudah untukmu tersentuh..oleh kerana lidah tak bertulang, kata-kata indah dari sang kumbang begitu mudah menusuk hatimu yang lembut itu..rupa paras sang pria yang hanya pinjaman itu seakan mudah untuk mencairkan hatimu yang teguh itu..dari situ kau dibuai indah cinta makhluk..dari situ kau dibuai indah cinta dunia sehingga kekadang apa yang munkar dianggap ma’ruf..apa yang telah ternyata berdosa dianggap biasa sahaja..

Tulip hijauku..masihkah kau ingati kata-kataku..”jika kita mencari cinta khalik, disamping cinta khalik kita juga akan dianugerahi cinta makhluk..tetapi jika cinta makhluk yang dikejar..hanya cinta makhluk itu yang kita dapat”..itulah lumrah alam ini wahai tulip hijauku..

Tulip hijauku..aku tahu hatimu..kau sememangnya kuat..tapi ingatlah tulipku bahawa iman itu yazid dan yankus..iman itu boleh bertambah dan berkurang..dan ingatlah juga bahawa syaitan itu takkkan pernah penat untuk menghasut kita..jadi..aku merayu padamu..wahai tulip hijauku..tolong jaga diri dan maruah dirimu..jangan biarkan syaitan mengusai dirimu..berjuang dan berjihadlah melawan nafsumu..jangan sekali-kali biarkan syaitan menang dalam pertarungan ini..

Tulip hijauku..aku tahu cinta makhluk itu telah melekat teguh dalam hatimu.. kau jagailah cinta itu sebaiknya..seandainya cinta itu untukmu..jagan kau bimbang..suatu hari nanti ia akan tetap menjadi milikmu..ingatlah bahawa janji allah itu pasti..namun..dalam meniti hari..kau seharusnya menjaga cinta itu agar ia tak terkena noda..dan moga2 cinta itu diredhai allah..dan yang paling penting kau harus menjaga diri dan maruahmu..jangan sekali-kali diri dan maruahmu tercemar kerana cinta itu..kerana sememang hakikat cinta bukan untuk dikotori tetapi untuk dijaga supaya hadirnya bersama keredhaan dan keberkahan..

tulip hijauku..aku yakin kau mengetahui akan hakikat cinta makhluk ini..hanya sementara..jadi seandainya suatu hari nanti sememangnya cinta itu bukan untukmu..jangan pernah rasa kecewa...berlarilah kepadaku..bahu ini telah lama bersedia untuk menampung wajahmu..telinga ini telah lama bersedia untuk berkongsi kisah kecewa itu..dada ini telah lama sedia untuk memelukmu..dan tangan ini juga telah lama bersedia untuk menyapu airmata dipipimu.. tapi ingatlah tulip hijauku..aku juga makhluk sepertimu..tiada daya untukku megubah takdir allah..jadi janggan pernah sekali2 lupa bahawa allah adalah sebaik-baik tempat mengadu..

Alhamdulillah tulip hijauku..kau sedar akan kekhilafan diri..kuatkanlah dirimu tulipku..kuatkan dirimu melawan nafsu itu..bersungguh-sungguhlah melawan syaitan..seandainya dalam usaha kau menemui jalan buntu..kami tulip2 yang lain masih setia disisimu..bersedia memberi dorongan dan kata-kata penuh hikmah..mungkin aku bukan siapa2 dalam hidupmu..tapi engkau adalah seseorang dalam hidupku..

Tulip hijauku..marilah kita fokus kepada perkara yang sepatutnya untuk diambil perhatian..iaitu mencari redha allah..marilah kita sama2 berusaha mencari bekal untuk negeri akhirat kita..marilah kita sama2 menjadi seseorang dalam hidup kita..


Hati batu, 5.25 a.m 25 March 25, 2011..Friday..

2 comments: