Pages

29 September 2010

maafkan dia

Memaafkan itu sukar andai masih ada dendam dijiwamu,
Memaafkan itu sukar andai “kekejaman itu” masih kau pendam,
Memaafkan itu sukar andai hatimu keras,
Memaafkan itu juga pahit kerana “kekejaman itu” masih kau ingat..


Wahai diri,
maafkan dia atas “kekejaman itu”. Yang berlalu telah pun berlalu. Tiada guna untuk menangis kerana airmatamu itu tidak mampu untuk hentikan waktu walau sesaat. Tidak mampu untuk menghalang bumi dari berputur diatas paksinya. Airmatamu itu juga tidak mampu untuk mengembalikan apa yang telah hilang darimu.

Wahai diri,
hapuskan dendammu itu, sungguh dendam itu akan menghitamkan hatimu. Hidupmu terlalu singkat untuk berdendam. Hidupmu adalah untuk Allah. Padamkanlah dendam itu dari kamus hidupmu.

Wahai diri,
maafkan dia atas “kekejaman itu”. Dia juga manusia sepertimu, yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Siapalah dirimu untuk tidak memaafkan dia..bukanlah dirimu mencintai rasulullah andainya kau tidak mampu memafkan dia kerana rasulullah itu juga memaafkan ummatnya. Wahai diri, dengan kemaafan akan membuka pintu kelapangan dalam jiwamu.

Wahai diri,
padamkanlah marah itu dari hatimu. Marah itu sifat syaitan laknatullah. Marah itu membutakan hati. Kemarahan itu akan membakar segala ruang dihatimu.

Wahai diri,
“kekajaman itu” tidak perlu kau kenang lagi, ia adalah sesuatu yang telah berlalu pergi. “Kekejaman itu” bukanlah sesuatu yang perlu diimbas kembali, ia sepatutnya dikurung dalam gerigi besi, dibungkus dengan batu konkrit, agar ia tak bisa membuatmu menangis lagi..

Wahai diri
“kekejaman itu” adalah untuk menguji ketabahan hatimu, menguji kekuatan dirimu dan semestinya sebagai bukti cinta Allah terhadapmu. Tiada cinta yang paling agung melainkan dirimu mampu meraih cinta Allah yang maha Suci dari segala-galanya.

Wahai diri,
seandainya dirimu teraniyai kerana “kekejaman itu”, ingatlah saat itu bahawa Allah sedang menguji kesabaranmu. Manusia mampu menganiyai dirimu, tapi ingat Allah itu takkan sekali-kali menganiyai dirimu. Allah itu maha adil.

Wahai diri teruslah kuatkan hatimu, jangan kau melemah. Tingkatkan kesabaranmu, jangan kau beralah. Tabahkanlah hatimu, jangan kau berputus asa. Ukir senyuman dibibirmu, jangan kau berduka. Teruslah berusaha untuk meraih cinta teragung yakni cinta Allah. Teruskanlah mengengam ketabahan itu dengan tanganmu sekukuh-kukuhnya.


Segenggam Tabah

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

No comments:

Post a Comment