Pages

29 September 2010

kehilangan

Kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup hanya dapat dirasai kepada sesiapa yang mengalami. Sebuah kehilangan bukan sebab untuk terus meratapi mahupun terus menitis airmata tanpa henti. Kehilangan adalah salah satu bentuk tarbiyyah dari Allah untuk menguji keimanan dan ketakwaan. Allah mengambil sesuatu ada sebabnya. Mungkin ia bukan milik kita atau mungkin Allah mahu mengantikan dengan yang lebih baik. Mungkin juga DIA mahu melatih supaya menjadi lebih kuat. Allah itu sangat maha adil sifatnya, Dia menguji mengikut kemampuan. Kehilangan atau perginya orang yang kita sayangi semestinya bersama sendu dan airmata. Hakikatnya insan bersedih dan berduka atas kehilangaan. Tapi ingatlah, ia tak bermakna semuanya harus terhenti. Untuk mereka dari kita adalah doa. Pemergian seorang ibu dan seorang ayah mencoretkan satu lagi episod dari episod sebuah kehidupan. Hidup tanpa ibu dan ayah tak bermakna hidup tiada tempat mengadu kerana sebaik-baik tempat mengadu itu adalah pada Allah, Dia maha mendengar dan melihat.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(Al-Baqarah :186)


Petikan ayat di atas adalah satu antara beberapa ayat di dalam Al Quran yang meyarankan agar kita berdoa yakni mengadu kepada ALLAH. Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan, Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk. Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.


Dengan perginya ibupaba, tak bererti kita tidak berkesempatan lagi untuk berbakti dan mencurahkan cinta, kasih dan sayang terhadap mereka, ada cara untuk kita berbakti ukhti..teruskan baktimu
Untuk mereka ibupaba kita ada ajaran dari Allah agar kita mendoakan mereka. Allah mengajar kita untuk mendoakan ibupaba yang mengasihi kita sedari kecil.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. (AL-Isra’:24)

Jika mereka masih ada didunia ini, agar istiqamah mentaati Allah di hujung usia, teguh dijalan Allah dengan iman, menemui Penciptanya dengan kesudahan yang baik, dimurahkan rezeki mereka dan diganjarkan dengan redha Allah dan pahala-Nya. Selain berdoa, kasih dan bakti boleh disalurkan menerusi amalan soleh sepertimana sabda baginda jujungan besar.

Daripada Malik bin Rabi’ah Al-Sa’idi, katanya: “ketika kami bersama rasulullah, seorang lelaki dari Bani Sulaim dating bertanya kepada Rasulullah: “ wahai rasulullah, adakah ada sesuatu yang aku boleh ;lakukan untuk menyambung bakti kepada ibubapaku selepas mereka meninggal dunia?” baginda menjawab: “ya, doakanlah mereka, mohonlah keampunan untuk mereka, hormatilah sahabat mereka dan sambunglah tali persaudaraan yang tidak bersambung melainkan dengan keduanya”. (riwayat Ibn Majah no. 3795). Sanadnya lemah sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Albani dan Shu’aib Al-Arnut)

Panduan rasulullah ini boleh dilakukan untuk menzahirkan kasih cinta kita buat insan yang begitu banyak berjasa dalam hidup kita. Sepertimana dinyatakan dalam banyak riwayat hadis, antara amalan-amalan yang patut dilakukan adalah:


Mendoakan mereka agar mendapat keampunan dan rahmat Allah.
Melaksanakan janji, wasiat dan amanah mereka.
Menghormati sahabat mereka
Menyambung hubungan persaudaraan.
Tunaikan haji dan umrah yang belum dapat dilaksanakan.
Bersedekah dan melakukan kebajikan bagi pihak mereka.
Menggunkan harta yang mereka tingglkan untuk tujuan kebajikan.

Moga-moga dengan kesemua amalan berikut akan mengalirkan pahala untuk ibubapa kita dan juga dapat menebus dosa-dosanya. Kehilangan adalah tarbiyyah supaya kita melipat gandakan ibadah dan amalan kita.

Abu Hurairah .a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh dan berdoa untuknya.

No comments:

Post a Comment