Pages

22 April 2011

dia tahu dia bukan sesiapa

Dia tahu dia bukan sesiapa namun dia masih mahu ambil kisah..bukan hatinya tak sakit bila dikata suka jaga tepi kain orang, dia juga manusia biasa, terguris hatinya bila dikatakan seorang yang penyebok.. tapi demi sebuah kasih sayang atas dasar persahabatan, dia pekakkan telinga dan kebalkan hati..jika ini yang perlu dia korbankan untuk sebuah persahabatan dia rela dan redha, kerana dia sedar hakikat MEMBERI itu, tak semestinya dibalas..

Dia cuba untuk jadi sepertimana yang dimahukan..dia cuba dan akan terus mencuba walaupun hakikatnya dia tahu dia tidak mampu..dia terus mencuba kerana dia tidak akan sekali-kali berputus asa..tiada kalimah putus asa dalam hidupnya..dia berpegang pada kata-kata seseorang yang dia sayangi “jangan pernah berputus asa, teruslah berjuang, walaupun kak jah tahu kak jah akan tewas dalam perjuangan itu”..dan yang paling penting adalah kalamullah yang penuh hikmah itu, sentiasa mengingatkan aku akan kekerdilan diriku..“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. Yang kupetik dari kitabullah dalam surah Al-Imran ayat 139.

Dia tahu dia bukan sesiapa, belum tentu syurga tempat kembalinya..namun dia berusaha agar tulip-tulip disekelilingnya sama2 mengejar syurga kekal abadi..takkan sekali-kali dia biarkan tulip-tulipnya melangkah kejurang kebinasaan..walau dikata penyibok..dia akan teruskan..dia tahu diatas usaha ini banyak airmatanya akan mengalir keluar..walau tiada sesiapapun hadir untuk menyapu airmata dipipinya..tidak mengapa..dia masih lagi ada jari jemari untuk menyapu airmatanya sendiri..bila disakiti, dikhianati atau langsung tidak dihargai..itu semua tidak mengapa baginya kerana dia tahu untuk memujuk diri sendiri..namun untuk membiarkan tulipnya terleka..tidak mungkin dia biarkan..

Dia tahu dia bukan sesiapa..dia tidak sekuat Siti Hajar..namun dia takkan pernah berhenti mencuba untuk menjadi kuat..kuat untuk dirinya bermakna dia kuat untuk tulip-tulipnya..baginya, hakikat bahagia itu adalah membiarkan orang-orang yang dia sayang berbahagia dengan kehidupan mereka walaupun dia sendiri tidak berbahagia dengan kebahagiaan itu..

Dia tahu dia bukan sesiapa. Dia bukan Rabiatul Adawiyah yang teguh hatinya..sufi yang langsung tiada cinta manusia dihati..dia manusia biasa..sepertimana tulip-tulip yang lain..dalam hatinya juga ada cinta..dia sedar hakikat yang manusia ini memerlukan cinta..dia juga begitu..tapi demi untuk menjaga kesucian dan keberkahan cinta itu..biarlah cinta itu tersimpan rapi disudut hatinya untulk sementara waktu..sebelum ia dijemput oleh sang pemilik cintanya..dia berharap moga tulip-tulipnya sedar akan hakikat mencintai dalam diam ini..ia pahit pada permulaannya..namun Insyallah bahagia itu ada pada pengakhirannya..

Dia tahu dia bukan sesiapa..dia bukannya tempat untk tulip-tulip yang lain meluah kata dan berkongsi cerita..walau sebesar manapun kepercayaan dicurahkan, tuntutan dipenuhi..namun dia sedar..untuk kesekian kalinya dia bukan orangnya..itulah dirinya..selalu terleka..dia terleka lagi..dia seakan lupa akan hakikat MEMBERI itu tak semestinya dibalas..huhu

Dia tahu dia bukan sesiapa..tapi sekali lagi dia tegaskan..
seandainya tiada sesiapa hadir untuk menyapu airmata tulip-tulipnya..dia ada..
seandainya tiada siapa hadir untuk meminjamkan bahu di saat tulip-tulipnya memerlukan tempat berpaut..dia ada
dan seandainya tiada siapa lagi yang sudi mendengarkan cerita hati tulip-tulipnya..dia ada..

namun,dia bukan sesiapa..jika dia bukan orangnya..dia memohon agar tulip-tulipnya berlari kepada yang MAHA ATAS SEGALANYA..dia percaya dan yakin bahawa ALLAH adalah tempat terbaik..ALLAH itu maha mendengar sifatnya..ALLAH itu maha pengasih dan penyayang..dan ingatlah bahawa ALLAH ITU TIDAK PERNAH BERHENTI DARI MENYANYANGI KITA..

20 April 2011

Kau adalah seseorang

Kau adalah seseorang

(I**** “jgnlah kmu bputus asa dr rahmat Allah, tiadalah yg brputus asa mlainkan org yg kafir” (yusuf:87)..hdup ini suatu amanah z**..huhu)
2 Feb 2011
12:27:20

(Ya.huhu . Kta kuat z**..fight 4 our life!)
7 Feb 2011
12:28:55

(Ya..i**** wajib kuat kn..hehe.take care dear )
10 Feb 2011
23:57:16

Tulip ungu..
Mungkin aku adalah sekuntum tulip putih yang leka..Leka kerana tiada sebarang ucapan di hari lahirmu..Tapi itu tak bermakna aku lupa tarikh itu..mana mungkin aku lupa akan tulip unguku yang tak pernah berhenti berada dibelakangku..sentiasa memberikan dorongan dan semangat untuk meneruskan perjalanan..mana mungkin aku lupakan kau tulip unguku..aku khilaf..Cuma mulutku seolah kaku menutur kata..Kerana kau adalah seseorang dalam hidupku..Kau ada tempat istimewa dihatiku..Mana mungkin aku mengucapkan kata2 yang biasa untukmu..sedangkan kau istimewa..

Tulip unguku..
Terima kasih untuk apa yang telah kau berikan..terlalu banyak telah kau berikan..tapi aku masih lagi sekuntum tulip putih yang kurang concern..itulah kelemahanku..

Tulip unguku..
Walaupun sudah beberapa hari berlalu tarikh kelahiranmu..namun aku tetap juga ingin menukilkan sesuatu yang istimewa buatmu..tapi jemariku kaku..maafkan aku..dan ini adalah istimewa buatmu..

Dikau hadir di kala aku
Memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala apa yang diperdaya dan
Kini ku bersedia hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Dihari ku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

…maafkan aku tulip unguku…

07 April 2011 11:23 pm

biarkan cinta itu diam

biarkan cinta itu diam
Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukup cintai ia dalam diam ...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia,
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ...
kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu,
pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

17 April 2011

takkan berhenti

Izzah..”janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, tiadalah yg berputus asa melainkan orang yang kafir” (Surah Yusuf:87) huhu.hidup ini satu amanah zah..hu

Mesej ini hadir disaat aku betul2 memerlukan seseorang..disaat aku mencari seseorang untuk aku berpaut..terima kasih tulip unguku..engkau sentiasa ada disaat aku memerlukanmu..kau hadir disaat tiada seorang pun mampu mendengar..tapi kau masih lagi setia mendengar..

“dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?” (Surah Fussilat:33

Barangkali kita semua sudah mengetahui hakikat ini. Betapa menyeru kepada kebaikan atau amar makruf itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah, waima hanya dengan sepatah kata. Selagi mana kita sentiasa istiqamah dengan usaha menyeru kepada ke TAATan terhadap Allah, samada melalui lidah atau pena, ia pasti akan menjadi sebahagian daripada amal salih kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.

Dan ini pula adalah satu tulisan yang mampu membuatkan airmataku berhenti mengalir dengan tiba-tiba..MasyAllah..kredit to penulis sebuah buku bertajuk” Sejuta cinta untuk ibunda”. Ya menyeru kebaikan itu memang susah, tapi selagi mana nilainya besar di sisi Allah..akan ku teruskan..perjuangan untuk membahagiakan tulip-tulipku akan ku teruskan..kerana aku mahu agar aku dan tulip-tulipku boleh berada di sebuah taman bunga yang indah disana nanti..walau selautan airmata mengalir dipipiku..tidak mungkin aku akan berhenti ..apa yang telah aku mulai akan kusudahi..sepertimana adanya kelahiran,disitu ada kematian..ada permulaan dan ada penamatnya..itu adalah hakikat..

15 April 2011

biar aku seorang

Biar aku
seorang terluka
tercedera lara
hingga tidak mampu bersuara

biar aku
seorang sepi
sunyi sendiri
hingga tidak berdiri lagi

biar aku
seorang kecewa
hampa nestapa
hingga tidak mampu ketawa

biar aku
seorang tersepit
kecil diri terhimpit
hingga tidak lagi suara menjerit

biar aku
seorang merana
asal kamu semua bahagia

10 April 2011

aku bukan sahabatmu

Aku berjanji pada tuhanku
takkan melepaskan dirimu
walau terbakar hangus jiwaku
diperlakukan oleh sikapmu

takkanku berpaling
dalam menarikmu dari tersepit asing
walau aku bukan sahabatmu
tetapi dikau sahabatku

tidakku pinta balasan
hanya kucari keredhaan
tiada kusanggup melepaskan
sahabat di neraka kepanasan

aku belum tentu penghuni syurga
tetapi aku ingin ke sana
maka bencimu bukan hentian langkahan
aku akan bersabar hingga kematian

takkan kulepaskanmu
takkan kutinggalkanmu
walau aku bukan sahabatmu
tetapi kau sahabatku...

09 April 2011

sekali lagi aku bukan orangnya

Lidah kelu untuk menutur bicara..jari kaku untuk mencoret kata..dan hati beku untuk membendung rasa.. kerana..Sekali lagi aku bukan orangnya..

Sekali lagi aku bukan orangnya..
Sekali lagi aku bukan orangnya..
Sekali lagi aku bukan orangnya..
Sekali lagi aku bukan orangnya..