Izzah..”janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, tiadalah yg berputus asa melainkan orang yang kafir” (Surah Yusuf:87) huhu.hidup ini satu amanah zah..hu
Mesej ini hadir disaat aku betul2 memerlukan seseorang..disaat aku mencari seseorang untuk aku berpaut..terima kasih tulip unguku..engkau sentiasa ada disaat aku memerlukanmu..kau hadir disaat tiada seorang pun mampu mendengar..tapi kau masih lagi setia mendengar..
“dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?” (Surah Fussilat:33
Barangkali kita semua sudah mengetahui hakikat ini. Betapa menyeru kepada kebaikan atau amar makruf itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah, waima hanya dengan sepatah kata. Selagi mana kita sentiasa istiqamah dengan usaha menyeru kepada ke TAATan terhadap Allah, samada melalui lidah atau pena, ia pasti akan menjadi sebahagian daripada amal salih kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.
Dan ini pula adalah satu tulisan yang mampu membuatkan airmataku berhenti mengalir dengan tiba-tiba..MasyAllah..kredit to penulis sebuah buku bertajuk” Sejuta cinta untuk ibunda”. Ya menyeru kebaikan itu memang susah, tapi selagi mana nilainya besar di sisi Allah..akan ku teruskan..perjuangan untuk membahagiakan tulip-tulipku akan ku teruskan..kerana aku mahu agar aku dan tulip-tulipku boleh berada di sebuah taman bunga yang indah disana nanti..walau selautan airmata mengalir dipipiku..tidak mungkin aku akan berhenti ..apa yang telah aku mulai akan kusudahi..sepertimana adanya kelahiran,disitu ada kematian..ada permulaan dan ada penamatnya..itu adalah hakikat..
No comments:
Post a Comment