Pages

22 April 2011

dia tahu dia bukan sesiapa

Dia tahu dia bukan sesiapa namun dia masih mahu ambil kisah..bukan hatinya tak sakit bila dikata suka jaga tepi kain orang, dia juga manusia biasa, terguris hatinya bila dikatakan seorang yang penyebok.. tapi demi sebuah kasih sayang atas dasar persahabatan, dia pekakkan telinga dan kebalkan hati..jika ini yang perlu dia korbankan untuk sebuah persahabatan dia rela dan redha, kerana dia sedar hakikat MEMBERI itu, tak semestinya dibalas..

Dia cuba untuk jadi sepertimana yang dimahukan..dia cuba dan akan terus mencuba walaupun hakikatnya dia tahu dia tidak mampu..dia terus mencuba kerana dia tidak akan sekali-kali berputus asa..tiada kalimah putus asa dalam hidupnya..dia berpegang pada kata-kata seseorang yang dia sayangi “jangan pernah berputus asa, teruslah berjuang, walaupun kak jah tahu kak jah akan tewas dalam perjuangan itu”..dan yang paling penting adalah kalamullah yang penuh hikmah itu, sentiasa mengingatkan aku akan kekerdilan diriku..“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. Yang kupetik dari kitabullah dalam surah Al-Imran ayat 139.

Dia tahu dia bukan sesiapa, belum tentu syurga tempat kembalinya..namun dia berusaha agar tulip-tulip disekelilingnya sama2 mengejar syurga kekal abadi..takkan sekali-kali dia biarkan tulip-tulipnya melangkah kejurang kebinasaan..walau dikata penyibok..dia akan teruskan..dia tahu diatas usaha ini banyak airmatanya akan mengalir keluar..walau tiada sesiapapun hadir untuk menyapu airmata dipipinya..tidak mengapa..dia masih lagi ada jari jemari untuk menyapu airmatanya sendiri..bila disakiti, dikhianati atau langsung tidak dihargai..itu semua tidak mengapa baginya kerana dia tahu untuk memujuk diri sendiri..namun untuk membiarkan tulipnya terleka..tidak mungkin dia biarkan..

Dia tahu dia bukan sesiapa..dia tidak sekuat Siti Hajar..namun dia takkan pernah berhenti mencuba untuk menjadi kuat..kuat untuk dirinya bermakna dia kuat untuk tulip-tulipnya..baginya, hakikat bahagia itu adalah membiarkan orang-orang yang dia sayang berbahagia dengan kehidupan mereka walaupun dia sendiri tidak berbahagia dengan kebahagiaan itu..

Dia tahu dia bukan sesiapa. Dia bukan Rabiatul Adawiyah yang teguh hatinya..sufi yang langsung tiada cinta manusia dihati..dia manusia biasa..sepertimana tulip-tulip yang lain..dalam hatinya juga ada cinta..dia sedar hakikat yang manusia ini memerlukan cinta..dia juga begitu..tapi demi untuk menjaga kesucian dan keberkahan cinta itu..biarlah cinta itu tersimpan rapi disudut hatinya untulk sementara waktu..sebelum ia dijemput oleh sang pemilik cintanya..dia berharap moga tulip-tulipnya sedar akan hakikat mencintai dalam diam ini..ia pahit pada permulaannya..namun Insyallah bahagia itu ada pada pengakhirannya..

Dia tahu dia bukan sesiapa..dia bukannya tempat untk tulip-tulip yang lain meluah kata dan berkongsi cerita..walau sebesar manapun kepercayaan dicurahkan, tuntutan dipenuhi..namun dia sedar..untuk kesekian kalinya dia bukan orangnya..itulah dirinya..selalu terleka..dia terleka lagi..dia seakan lupa akan hakikat MEMBERI itu tak semestinya dibalas..huhu

Dia tahu dia bukan sesiapa..tapi sekali lagi dia tegaskan..
seandainya tiada sesiapa hadir untuk menyapu airmata tulip-tulipnya..dia ada..
seandainya tiada siapa hadir untuk meminjamkan bahu di saat tulip-tulipnya memerlukan tempat berpaut..dia ada
dan seandainya tiada siapa lagi yang sudi mendengarkan cerita hati tulip-tulipnya..dia ada..

namun,dia bukan sesiapa..jika dia bukan orangnya..dia memohon agar tulip-tulipnya berlari kepada yang MAHA ATAS SEGALANYA..dia percaya dan yakin bahawa ALLAH adalah tempat terbaik..ALLAH itu maha mendengar sifatnya..ALLAH itu maha pengasih dan penyayang..dan ingatlah bahawa ALLAH ITU TIDAK PERNAH BERHENTI DARI MENYANYANGI KITA..

No comments:

Post a Comment